100 Novel Melayu: Percubaan nak kumpulkan 100 novel tempatan pilihan.
Terfikir untuk aku senaraikan 100 Novel Melayu yang aku rasa; sesuai dengan aku, citarasa rendah aku, adalah harus dibaca orang. Mungkin ini bukanlah senarai pertama, bukanlah senarai kedua, bukanlah senarai kedua puluh pun yang kita pernah ada. Tapi ini senarai, dan ini melibatkan karya orang kita, sampai bila pun orang kita perlu sembang tentang ini. Sepertilah kita galak sembang takrif puisi; dah berpuluh tahun, sampai bila pun sembang takrif ni tak akan habis dipolemikkan. Naik geleman bila dengar soalan sama dari 600 tahun lepas. Kadang geli juga dengan rasa tua dan makan garam yang terlalu diketengahkan figura muda kegemaran, sedangkan orang tua garam yang sebenar tu ada lagi di rumah hujung utara Malaysia terbaring atas katil, menulis atas kertas, kemungkinan besar akan jadi karya post-humous picisannya nanti. Padahal orang tua sebenar tu ada je lagi kat DBP tak mahu pencen-pencen pergi pejabat pukul 8 balik rumah pukul 6 dan cucu dah pun nak masuk yang ke-6. Bi...
Comments
Post a Comment